Bangunan Pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah Terbakar

Kepulan asap menjulang ke udara dapat dilihat daripada kebakaran bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras awal pagi 10 Jun 2025,

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Sebuah bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum menggerakan jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 44 anggota beserta lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul bergegas ke tempat kebakaran.

“Menurut Komander Operasi Kanan, Noorul Hayat Ahmad Nazri, setibanya pasukan bomba pada pukul 5.08 pagi, kebakaran melibatkan keseluruhan tingkat satu pelbagai bilik anggaran berkeluasan 2,740 meter persegi terbakar 100 peratus.

Keadaan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras yang dilapor musnah terbakar 100 peratus awal pagi 10 Jun 2025.

“Tiada mangsa yang terlibat. Kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 6.18 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik kebakaran,” katanya.

Terdahulu, beberapa penduduk Bandar Sri Permaisuri Cheras terbau asap yang kuat kira-kira waktu Subuh tadi sebelum mendapati api sedang marak pada sekolah berkenaan.

Beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan para pelajar yang berkumpul di dewan kantin sekolah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *