Australia Akan Iktiraf Palestin Sebuah Negara Bulan Depan

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ketika sidang media di luar Pejabat Perdana Menteri di Canberra pada 11 Ogos 2025.
CANBERRA, 11 Ogos – Australia akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 (UNGA) pada September 2025, umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Langkah ini mewakili perubahan penting dalam dasar luar Australia, mengukuhkan komitmennya terhadap penyelesaian dua negara dan sejajar dengan langkah sama oleh United Kingdom (UK), Perancis dan Kanada.
Albanese menegaskan bahawa pengiktirafan itu akan berdasarkan komitmen yang diterima daripada Pihak Berkuasa Palestin dan menjadi sumbangan bermakna ke arah keamanan berkekalan “harapan terbaik kemanusiaan” untuk menamatkan penderitaan dan konflik berpanjangan di Timur Tengah.

Tambah beliau, Albanese turut menjelaskan bahawa pengiktirafan itu akan dilakukan pada masa yang tepat, memastikan ia lebih daripada sekadar simbolik.
Keputusan ini menerima kritikan segera daripada Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu, yang menyifatkannya sebagai “memalukan” dan memberi amaran bahawa pengiktirafan sebegini boleh menguatkan Hamas.
Di peringkat domestik, tokoh pembangkang menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan implikasi terhadap usaha damai dan keselamatan di rantau itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
