Aspirasi PM Anwar Pada KEB2024 Wajar Suntik Semangat Usahawan MADANI – Abul Jais

Abul Jais Ashfaq Ahmed yang melihat kesempatan penganjuran KEB2024 serta kesungguhan dan aspirasi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar disambut secara proaktif oleh semua pihak. Foto Facebook Abul Jais

LUMUT, 1 Mac – Usahawan Bumiputera MADANI disaran merebut peluang yang disediakan sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) bagi menambah nilai keboleh pasaran produk masing-masing seterusnya meningkatkan ekonomi perniagaan dan perusahaan mereka.

Saranan itu dinyatakan Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed yang melihat kesempatan penganjuran KEB2024 serta kesungguhan dan aspirasi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar disambut secara proaktif oleh semua pihak.

KEB2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memfokuskan pelbagai peluang perniagaan baharu termasuk memperkasa penglibatan usahawan Bumiputera dari seluruh negara.

Abul Jais berpandangan KEB2024 merupakan platform terbaik buat para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing agar rakyat dapat menilai kualiti dan kepelbagaian serta keunikan yang ditampilkan.

Abul Jais Ashfaq Ahmed yang melihat kesempatan penganjuran KEB2024 serta kesungguhan dan aspirasi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar disambut secara proaktif oleh semua pihak. Foto Facebook Abul Jais

”Usahawan MADANI yang ‘berkampung’ selama tiga hari di PICC amat bertuah kerana Perdana Menteri amat mengambil berat akan hal kesiapsiagaan mereka meneroka bidang baharu selain memenuhi dasar Kerangka Ekonomi MADANI demi kesejahteraan rakyat.

”Saya menggesa semua pihak terutamanya para usahawan dapat menambah ilmu dan meningkatkan strategi pemasaran dan promosi produk terutama industri halal yang berkembang pesat menjana ekonomi eksport lebih RM44.17 bilion setakat Oktober tahun lalu.

”Ini sudah tentu mampu melonjakkan pasaran ekonomi halal yang kini dianggar melebihi RM500 bilion beberapa tahun lagi dan pastinya MARA dan MIDA akan membantu mereka meneroka pasaran lebih luas terutama di Asia Barat dan Timur Jauh,” jelasnya.

Isu Taman Limau Emas 2: ’Jalan Penyelesaian Makin Hampir’ – Abul Jais

Untuk rekod, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada US$113.2 bilion (RM500.4 bilion) pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030.

Berdasarkan maklumat daripada HIMP 2030, yang bertemakan ‘Ke Arah Halal Malaysia yang Menyerlah di Peringkat Global’, sebanyak 23 inisiatif telah dikenal pasti untuk menambat kukuh tujuh teras strategik dan memanfaatkan peluang serta menangani cabaran.

Ini ditambah lagi dengan kesudian MITI berbesar hati untuk menjadi pemacu strategik HIMP 2030, dengan sokongan pelaksanaan berkesan oleh agensi seperti Halal Development Corporation (HDC) dalam menambah segmen halal sebagai cabang utama pertumbuhan ekonomi negara.

’Mohon Maaf Jadi Peringatan, Pengajaran Buat Pemimpin Bukan Islam’ – Abul Jais

”Saya berharap dengan inisiaif yang diterajui Perdana Menteri ini akan memacu semangat usahawan MADANI menambah kualiti produk termasuk kaedah pembungkusan dan pengedaran agar setanding dengan pemain industri lain seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

”Adalah diharapkan juga ia dapat membantu mereka melahirkan lebih ramai generasi pelapis usahawan dari kalangan anak muda yang berminat menceburi bidang ini selain menumpukan kepada pemerkasaan TVET sekarang,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *