Aspirasi Malaysia MADANI Sinari Kemakmuran Wilayah Persekutuan – Andre Lai

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke-50 tahun 2024 yang diraikan hari ini. Foto Instagram Andre Lai

PENDAPAT, 1 Feb – Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50 khas buat semua warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada hari ini, setengah abad yang lalu, Kuala Lumpur telah diserahkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan persekutuan, menandakan permulaan era baharu pembangunan, kemajuan dan kemakmuran untuk ibu negara kita.

Sejak itu, Labuan dan Putrajaya telah menyertai keluarga Wilayah Persekutuan, menambah kepelbagaian, kedinamikan dan potensinya.

Tema sambutan tahun ini ialah ”Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni”. Ia jelas mencerminkan visi dan aspirasi Malaysia MADANI untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai model kecemerlangan, inovasi dan keharmonian untuk seluruh negara dan dunia.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke-50 tahun 2024 yang diraikan hari ini. Foto Instagram Andre Lai

Wilayah Persekutuan telah mencapai banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan, dan kebajikan sosial.

2024 juga merupakan tahun penentu bagi Kuala Lumpur. Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merancang serta melancarkan agenda pembaharuan seperti Pelan Struktur Tempatan Kuala Lumpur 2040 dan implementasi ’Social Impact Assesment’, untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan lestari.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2024 kepada semua yang meraikannya. Foto Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DBKL juga telah memupuk budaya penglibatan sivik, kerjasama, dan keterangkuman, melalui platform seperti Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Sistem Pengurusan Aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, diberkati dengan agenda pembaharuan oleh pemimpin berkaliber seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

https://www.instagram.com/reel/C2yilxeR_Ck/?igsh=bWg4dGI2Z2o5MWhu

Saya mengenali kedua-dua mereka sebagai pemimpin yang amat rajin dan berdedikasi serta bermotivasi untuk mendukung aspirasi Malaysia MADANI.

Khususnya Datuk Kamarulzaman, yang menjadi kenalan semenjak beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL. Semenjak pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur telah ditadbir dengan profesional, cekap dan berinovasi.

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah menjadi saksi keberkesanan pentadbiran DBKL di bawah beliau sehingga kini.

Malah, beliau menyahut saranan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar lebih banyak inisiatif dilancar, seperti projek Lestari Niaga dan Residensi MADANI demi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang lestari untuk didiami, mampan dan kompetetif setanding dengan bandaraya seperti New York dan London.

Sepanjang bulan Februari, terdapat banyak program dirancang untuk sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Persekutuan. Demi menyantuni masyarakat Cina dalam perayaan Tahun Baru Cina, DBKL akan menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina dan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk KL Prosperity Walk pada hari Chap Goh Meh 24 Februari nanti.

Marilah kita terus berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kemajuan dan kemakmuran, tempat keharmonian dan kebahagiaan, tempat kebanggaan dan kegemilangan.

2024 pasti akan menjanjikan tahun pembaharuan mendepani cabaran 50 tahun mendatang.

Selamat Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

LAI CHEN HENG
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

(LAI juga merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan)


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *