Aspek Keselamatan Penggunaan Pengkomputeran Awan Dikaji – Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Forum Online Safety In World Of AI di Kuala Lumpur pada 13 September 2025.

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sedang meneliti secara mendalam aspek keselamatan yang perlu diterapkan dalam penggunaan pengkomputeran awan (cloud computing).

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kajian itu merangkumi penilaian terhadap perundangan di pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat yang telah melaksanakan Cloud Act bagi memahami kesan terhadap pengurusan dan pemilikan data sensitif.

“Jadi, pihak kerajaan sedang meneliti. Kita belum ambil apa-apa tindakan, masih dalam proses untuk meneliti,” katanya.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Forum Online Safety In World Of AI di Kuala Lumpur pada 13 September 2025.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Keynote Forum: Online Safety In World Of AI di ibu negara, hari ini.

“Jadi, isu-isu tentang siapa pemilik data ini harus dibincangkan dengan lebih mendalam, tetapi pihak kerajaan melihat kita perlu rancang dengan baik bukan untuk sekarang sahaja, tetapi untuk masa depan juga,” katanya.

Tambahnya, beberapa negara kini memberi perhatian kepada isu kedaulatan data memandangkan syarikat teknologi global dan platform media sosial seperti Facebook dan TikTok memiliki data yang dimuat naik pengguna tanpa mengira kandungan asal pengguna, mengakibatkan berlaku isu hakmilik dan hakcipta kandungan berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *