TERKINI: PM Anwar Ke Doha Esok Hadiri Sidang Tergempar Ketua-Ketua Negara Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 13 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Qatar esok bagi menghadiri sidang tergempar ketua-ketua negara Islam dan Arab di Doha.

Menurut Perdana Menteri, jemputan sidang tergempar berkenaan disampaikan kepadanya oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim ibn Hamad Al Thani bagi membincangkan situasi terkini di Gaza, susulan serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Ini merupakan jemputan terus Emir Qatar kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025 sebagai salah sebuah negara penting dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selain Arab Saudi, Iran, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye dan Jordan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Susulan itu, jadual acara melibatkan Perdana Menteri di tanah air ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kehadiran beliau bersama-sama Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang dijadualkan turut hadir.

Dalam pada itu, Anwar berkata perpaduan di negara ini akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga warganegara Malaysia.

Perdana Menteri berkata hal itu adalah asas kepada perpaduan negara yang dipegang selama ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara (kaum) Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan,” katanya pada sesi Temu Anwar bersempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 (PAPJ27) di Mersing, hari ini.

Mengenai peranan dan tanggungjawab golongan muda sebagai pemimpin dan pewaris masa depan negara, Anwar berkata mereka perlu diberikan ruang, latihan serta kesempatan seluas-luasnya untuk membina disiplin dan kemahiran mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kalau anak-anak muda yang cukup terlatih dan disiplin, masa depan kita itu lebih terjamin. Siapa yang akan menjadi pewaris? Anak-anak muda. Siapa yang menentukan masa depan? (anak muda),” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini memberikan tumpuan kepada agenda keamanan, keterhubungan digital serta tenaga serantau yang dapat memperkukuh hubungan antara negara anggota.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *