Peserta Regata Lemas Tenggelam Bersama Perahu

Beberapa peserta perahu regata yang karam berpaut pada tali di tempat kejadian berhampiran tebing sungai Batang Saribas pada 12 September 2025.

BELADIN, 13 Sep – Seorang peserta regata Karnival Beting Maro lemas selepas perahu yang dinaiki karam berhampiran tebing sungai Batang Saribas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Rejali Angong berkata, lelaki berusia 32 itu disahkan meninggal dunia di Klinik Beladin.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.50 petang ketika mangsa bersama-sama rakan kayuhan lain dalam perjalanan balik ke pangkalan.

“Semasa hendak balik ke pangkalan untuk berehat, perahu KT500 Pantai Damai Beladin telah karam disebabkan arus deras di tebing sungai.

“Disebabkan itu, mangsa telah tenggelam bersama perahu dan ditemui tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati rakan sepasukan mangsa telah berusaha hendak menyelamatkannya tetapi tidak berjaya disebabkan arus sungai yang deras,” katanya dalam satu kenyataan.

Rejali menambah, rakan sepasukan mangsa kemudian membawanya ke Klinik Beladin sebelum disahkan meninggal dunia, manakala mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *