ASEAN 2025: Deklarasi Kuala Lumpur 2045 Cerminan Komitmen Dua Dekad Negara Anggota – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Menekuni Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ yang dimeterai hari ini, ia lebih daripada sekadar merangkumi 500 langkah strategik dalam usaha memperkukuh masa depan serantau bagi dua dekad akan datang.

Malah, penumpuan terhadap isu-isu strategik dan berkepentingan serantau juga menjadi hala tuju baharu ASEAN di tengah-tengah ketidaktentuan global yang melanda kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dokumen strategik jangka panjang menggantikan pelan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ yang dimeterai ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015, menjadi pelan hala tuju baharu ke arah membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik serta berpaksikan rakyat.

Serentak itu, komitmen negara-negara anggota terhadap deklerasi berkenaan mencerminkan kesediaan pemimpin serantau mengolah lebih jauh misi dan visi ASEAN 2045 dalam memperkukuh hubungan serantau dan blok-blok global seperti Kesatuan Eropah (EU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dokumen penting itu ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra; Perdana Menteri Loas, Sonexay Siphandone.

Turut menandatanganinya ialah Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Aung Kyaw Moe.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Deklarasi ditandatangani itu kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn yang bertindak selaku Ketua Sekretariat ASEAN yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Visi ASEAN 2045 digariskan melalui enam dokumen penting, termasuk pelan strategik untuk tiga tunjang utama komuniti ASEAN dan pelan keterhubungan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bersama pemimpin ASEAN pada Majlis Menandatangani Deklarasi ‘ASEAN 2045 : Our Shared Future’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Secara keseluruhan, langkah strategik terbabit akan diterjemahkan kepada pelaksanaan program konkrit menerusi kerjasama badan sektor ASEAN.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *