ART: Malaysia Boleh Tamatkan Perjanjian Dengan AS Bila-Bila Masa – AGC

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 1 Nov – Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut kenyataan AGC, penamatan perjanjian itu boleh dilakukan tanpa memerlukan persetujuan AS, berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 7.5 ART, yang bertujuan mempertahankan dan memelihara kedaulatan Malaysia serta melindungi kepentingan negara pada setiap masa.

“Artikel 7.2 ART memperuntukkan bahawa perjanjian tersebut hanya akan berkuat kuasa 60 hari selepas kedua-dua pihak bertukar pemberitahuan bertulis yang mengesahkan bahawa tatacara perundangan domestik berkaitan telah selesai dilaksanakan.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 3 November 2025. Foto AGC

“Pelaksanaan kewajipan dan komitmen di bawah perjanjian ini oleh Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan tatacara domestik Malaysia yang terpakai,” menurut AGC.

Menurut AGC, ART juga memperuntukkan rundingan dengan suci hati antara Malaysia dan AS berhubung isu pelaksanaan sebelum mana-mana pihak boleh mengambil tindakan terhadap pihak satu lagi.

“Bagaimanapun, berdasarkan Artikel 7.1, Malaysia dan AS sebagai negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan terus mengiktiraf hak, kewajipan masing-masing serta perlindungan yang diperuntukkan di bawah perjanjian WTO bagi perdagangan antarabangsa,” menurut AGC.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 3 November 2025. Foto AGC

Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Oktober lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus, di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April 2025.

Rundingan berkenaan diketuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi pihak Malaysia, manakala AS diwakili Office of the United States Trade Representative (USTR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MITI turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan dalam rundingan itu dan keputusan dasar berhubung ART telah dibuat oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira aspek ekonomi, politik dan perundangan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *