Anak Sulung Pelakon Amyza Aznan Kembali Ke Rahmatullah

Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi - Amyza Aznan.
KUALA LUMPUR, 23 Feb – Selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser paru-paru, anak kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara tersebut disahkan rakan artis yang merupakan sahabat rapat, Didie Alias yang mengesahkan Andre sudah tiada jam 10.15 malam tadi.
Amyza, 51, memohon orang ramai mendoakan jenazah anak sulungnya.

“Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi.
“Minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” katanya dalam InstaStory.
Bagaimanapun, Amyza tidak memperincikan maklumat mengenai pengebumian jenazah.
Semalam, Amyza merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.
Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
https://www.instagram.com/reel/DU_Qr84EolH/?igsh=djJ3ZGFkdXFyY3N2
Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
