Air Pasang Di Kawasan Pantai Sebabkan Wanita Cemas

Bomba membantu membawa mangsa ke kawasan yang selamat setelah terkandas di pantai. Foto JBPM Sarawak.

KUCHING, 30 Jun – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terkandas di kawasan pantai akibat air pasang selepas berjalan di Pantai Puteri dekat sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8.45 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi bagi membantu menyelamatkan mangsa.

“Setiba di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) memaklumkan terdapat wanita berusia 20-an terkandas di kawasan pantai ketika melakukan aktiviti berjalan di tepi pantai.

“Mangsa memaklumkan tidak dapat menyeberang ke kawasan darat disebabkan keadaan air laut ketika itu mulai pasang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, PKO bertindak menyeberang melalui kawasan teluk pantai untuk mengambil mangsa dan menggunakan jalan denai untuk membawa mangsa ke kawasan yang selamat.

Ujarnya, setelah memastikan keadaan selamat, anggota seterusnya bergerak balik ke balai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *