Aidilfitri 2026: Geng ‘Shah Aley’ Dah Balik Kampung, Langsung Tak Sesak!

Tangkap layar gambar menerusi hantaran pengguna di media sosial menunjukkan kawasan di sekitar Shah Alam lengang pada 20 Mac 2026. Foto khai9.2889

SHAH ALAM, 20 Mac – Pusat bandaraya Shah Alam dilaporkan lengang susulan ribuan warga kota mula meninggalkan bandar berkenaan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilitri yang disambut menjelang esok.

Menerusi hantaran pengguna di media sosial oleh @khai9.2889, penduduk tetap di kawasan itu menarik nafas lega melihat jalan raya di sekitar Seksyen 13 yang biasanya sesak setiap hari, kini lancar tanpa sebarang gangguan trafik.

“Akhirnya jadi Shah Alam, kalau selama ni dia Shah Aley,” seloroh pengguna Hironakamurasan.

Sebaliknya, kesesakan teruk pula berlaku di kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang dek kerana geng ‘Shah Aley’ sudah meninggalkan bandaraya itu sejak awal minggu ini.

Tangkap layar gambar menerusi hantaran pengguna di media sosial menunjukkan kawasan di sekitar Shah Alam lengang pada 20 Mac 2026. Foto khai9.2889

Istilah ‘Shah Aley’ yang sering digunakan oleh warga kota sebagai gurauan menggambarkan situasi bandar raya itu di dominasi oleh warga dari Pantai Timur itu turut diakui oleh pengguna lain.

Seorang lagi pengguna berkata, dia bersetuju dengan perubahan tersebut dengan menyatakan rasa syukur kerana kawasan itu tidak lagi sesak seperti hari-hari sebelumnya.

Sementara itu, kawasan tumpuan utama seperti pusat membeli-belah di Shah Alam turut dilaporkan sunyi sehingga ada yang menyifatkan suasana tenang itu sebagai sesuatu yang sangat dirindui oleh penduduk setempat.

Tangkap layar gambar menerusi hantaran pengguna di media sosial menunjukkan kawasan di sekitar Shah Alam lengang pada 20 Mac 2026. Foto khai9.2889

“Kami sayang dan cintakan Shah Alam,” katanya.

“Dah boleh buat joget ‘Jodoh Lebaran’ dekat tengah-tengah lampu isyarat tu tanpa gangguan,” seloroh Rizmarashid.

“Pergi Putra Heights pun kosong. Bagusnya nak jalan-jalan last minute (minit terakhir),” kongsi pula pengguna Jenaisparlezvous.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *