PM Anwar Tunai Solat Jumaat Bersama Jemaah Masjid Kampung Pelet

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin di Kampung Pelet, Permatang Pauh pada 20 Mac 2026. Foto PMO

PERMATANG PAUH, 20 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, dekat sini.

Perdana Menteri tiba di masjid pada jam 1.15 tengah hari sambil disambut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.​

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin di Kampung Pelet, Permatang Pauh pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Anwar bersama jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk ‘Ramadan, ketika senja terakhir berlabuh’ disampaikan Imam Muhammad Nasir Hamid, yang kemudian turut memimpin solat Jumaat dihadiri kira-kira 700 jemaah.

Usai solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri yang turut mengambil peluang bertanyakan mereka mengenai persiapan hari raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin di Kampung Pelet, Permatang Pauh pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Perdana Menteri yang tiba di sini pagi tadi difahamkan turut melakukan tinjauan dan ziarah komuniti di rumah sekitar dengan berjalan kaki.

Anwar dijangka mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri program Santai bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir selepas ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin di Kampung Pelet, Permatang Pauh pada 20 Mac 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *