Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Bukit Tunku Hari Ini

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sesi itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Terdahulu pada 24 Februari, sesi serupa diadakan antara Baginda dan Perdana Menteri juga di sini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 24 Februari 2026 berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *