Ada Apa Dengan ‘Bot Ambulans’ Langkawi Anak Muda MADANI Kedah?

Inisiatif Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mewujudkan bot ambulans secara percuma di Tanjung Rhu, Langkawi pada 28 September 2025 jelas memberi impak besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat antara pulau berkenaan dengan tanah besar. Foto Zuraidi Rahim

PENDAPAT, 30 Mac – Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan bot ambulans yang berulang-alik dari pulau Langkawi ke tanah besar kerana merasakan ia sesuatu yang kelihatan ‘biasa’ namun telah mula menampakkan potensi besar untuk berkembang lebih jauh.

Inisiatif yang digerakkan oleh Dato’ Zuraidi Rahim melalui Anak Muda MADANI Kedah menerusi pengenalan bot berkenaan dilihat sebagai satu pendekatan inovatif dalam membantu rakyat mendapatkan akses rawatan kesihatan dengan lebih pantas.

Usaha ini bukan sahaja memenuhi keperluan mendesak penduduk pulau, malah membuktikan peranan signifikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyokong agenda kebajikan menerusi elemen ‘ihsan’ agenda Malaysia MADANI.

Perkhidmatan bot ambulans ini memberi kelebihan besar khususnya dalam situasi kecemasan, apabila pesakit memerlukan rawatan segera di hospital di tanah besar dan lebih 200 pesakit menerima manfaat tersebut setakat ini.

Kekangan geografi yang sebelum ini menjadi cabaran utama kini dapat diatasi dengan lebih efisien, sekali gus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa dan paling penting, mempercepatkan rawatan pesakit ke tanah besar tanpa perlu menunggu jadual feri komersil.

Selain itu, inisiatif ini turut memainkan peranan penting dalam menguruskan penghantaran jenazah ke kampung halaman dengan lebih teratur dan penuh penghormatan kepada waris.

Apa yang lebih menarik, inisiatif ini hadir dalam konteks dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik berterusan di Asia Barat sejak penghujung Februari lalu.

Dalam situasi tersebut, tekanan terhadap ekonomi dan sistem kesihatan global turut dirasai, termasuk di Malaysia, namun ikhtiar sebegini wajar dipuji bagi meringankan beban rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Justeru, pendekatan kreatif seperti ini menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara walaupun berdepan cabaran luaran yang kita tidak dapat kawal ekoran krisis berlarutan di Asia Barat.

Apapun, kejayaan pelaksanaan bot ambulans ini boleh dianggap sebagai penanda aras baharu kepada NGO lain dalam merangka mekanisme bantuan yang lebih praktikal dan berimpak tinggi.

Ia membuktikan bahawa kerjasama antara masyarakat prihatin dan kerajaan mampu menghasilkan solusi yang berkesan, khususnya dalam menangani isu akses kesihatan di kawasan terpencil.

Pengurangan Feri Langkawi: Anak Muda MADANI Kedah Rayu Pertimbangan Kerajaan – Zuraidi

Kita amat berharap inisiatif ini dapat diteruskan bagi mencerminkan semangat keprihatinan dan inovasi biarpun berdepan harga diesel yang semakin meningkat.

Ia bukan sahaja membantu rakyat secara langsung, malah memperkukuh ekosistem sokongan sosial negara dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *