Agong Akan Pastikan Perbelanjaan Kerajaan Untuk Perkara Yang Benar-Benar Perlu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kerajaan tegas bendung ketirisan dan penyelewengan dana awam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah baginda akan meneliti perbelanjaan kerajaan dan pastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan.

Sultan Ibrahim juga berharap sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong kerajaan berjaya memperoleh lebihan fiskal pada setiap tahun.

“Kerajaan juga mesti tegas bagi bendung ketirisan dan penyelewengan dana awam,” titah baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Agong turut bertitah semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara diingatkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya mempamerkan teladan yang baik sepanjang persidangan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kerajaan tegas bendung ketirisan dan penyelewengan dana awam. Foto Bernama

Sultan Ibrahim menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *