Agong Titah Hormati Kerajaan Perpaduan, Tunggu Peluang Bersaing PRU Akan Datang

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

KUALA LUMPUR, 26 FebYang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Justeru, baginda menitahkan agar semua pihak menerima menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini.

Bagi yang hendak bermain politik, baginda memberi amaran supaya mereka menunggu peluang itu untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebagai permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

“Semua pihak mestilah menerima dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Jika ada hendak bermain politik, tunggu masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *