Adun Pas Disiasat Lebih Tiga Jam, Empat Telefon Bimbit Dirampas

Fitnah yang dilempar Khalil terhadap Teresa hingga laporan polis dibuat Teresa ekoran hantaran palsu yang disiasat dipercayai berasal daripada Facebook Khalil menurut polis. Foto Facebook.

TAIPING, 27 Jun – Polis merampas empat telefon bimbit milik Adun Kubu Gajah Khalil Yahaya dan tiga pengendali laman Facebook miliknya bagi membantu siasatan yang berlangsung selama lebih tiga jam terkait dua kes melibatkan kes pertama iaitu poster palsu Teresa Kok sebagai pengerusi Felda.

Khalil yang juga Adun Pas turut disiasat polis Taiping melibatkan kes kedua iaitu “Tiga Amanat Buat Pejuang Islam” daripada Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Sesi rakaman keterangan berlangsung lebih tiga jam apabila beliau dilihat keluar dari pekarangan IPD Taiping sekitar 1.10 petang, selepas hadir pada 9.48 pagi.

Khalil berkata, proses diambil keterangan berjalan sempurna.

Fitnah yang dilempar Khalil terhadap Teresa hingga laporan polis dibuat Teresa ekoran hantaran palsu yang disiasat dipercayai berasal daripada Facebook Khalil menurut polis. Foto Facebook.

“Semuanya berjalan sempurna tanpa ada apa-apa masalah langsung, malah layanan diberikan pegawai sangat profesional, kita diberi minum dan boleh sembang dengan baik,” katanya memetik laporan itu.

Beliau mengakui pengendali akaun Facebooknya telah tersilap memuat naik status berkaitan lantikan Teresa dan hantaran itu telahpun dipadam sebelum membuat satu permohonan maaf.

Pihaknya juga menafikan hantaran tiga amanat yang dikongsi pengguna akaun sosial Miqdad Zakaria, minggu lalu merupakan hantaran daripada Facebook miliknya.

“Saya telah membuat satu laporan polis pada 24 Jun lalu di IPD Taiping bagi menafikan perkara ini.

“Buat masa ini, telefon bimbit saya dan tiga lagi pengendali Facebook telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan, polis menerima laporan dibuat Teresa yang juga naib pengerusi DAP berhubung poster ‘pelantikannya’ sebagai pengerusi Felda.

Siasatan polis mendapati berita palsu itu berasal dari laman sosial Facebook Khalil. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *