Pengurangan Feri Langkawi: Anak Muda MADANI Kedah Rayu Pertimbangan Kerajaan – Zuraidi

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim, hadir pada Sambutan Hari Peringatan Polis Ke-219 di IPD Padang Terap pada 25 Mac 2026. Foto Polis Padang Terap
PADANG TERAP, 27 Mac – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Muda MADANI Kedah menggesa Kementerian Pengangkutan supaya campur tangan dalam menangani isu pengurangan jadual feri di Langkawi akibat kenaikan harga diesel yang disifatkan amat membimbangkan.
Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim khuatir, sekiranya isu berkenaan tidak ditangani dengan segera, ia akan memberi kesan yang lebih buruk bukan sahaja kepada penduduk Langkawi, malah turut menjejaskan sektor pelancongan di pulau peranginan itu.

Selain perhubungan utama, ia juga merupakan mod pengangkutan paling penting tujuan kesihatan, perniagaan, pelancongan, pendidikan dan sebagainya.
“Apabila jadual dikurangkan, rakyat yang terkesan terutama mereka yang bergantung kepada perkhidmatan ini untuk bekerja dan urusan harian tambahan dengan musim perayaan sekarang.

“Jangan biarkan rakyat terus menanggung beban.
“Pada 28 dan 29 hari bulan ini, saya difahamkan tiada perkhidmatan feri. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar yang ingin pulang ke tanah besar tidak dapat memperoleh tiket. Jadi, bagaimana mereka hendak pulang?
“Saya berharap pemilik-pemilik feri tidak hanya mementingkan kepentingan sendiri untuk mengaut keuntungan semata-mata. Perkhidmatan feri berada di bawah Kementerian Pengangkutan, begitu juga dengan lesen pengoperasiannya.
“Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dapat menangani perkara ini dengan sebaiknya supaya penduduk Langkawi tidak terbeban atau terkesan akibat catuan perkhidmatan feri yang berlaku ketika ini,” katanya kepada pemberita, di sini.
Pada 21 Mac lalu, Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom dalam kenyataan berkata, jadual perkhidmatan feri ke Langkawi akan disusun semula selepas Aidilfitri ini, berikutan kenaikan harga minyak diesel industri yang meningkat melebihi 100 peratus.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

