40 Rumah Musnah Terbakar, Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang

Keadaan antara 40 rumah yang musnah dalam kebakaran di Tawau pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sabah

TAWAU, 2 Feb – Kira-kira 40 buah rumah musnah dijilat api dalam satu kebakaran besar kurang dua minggu menjelang Ramadan yang tiba tidak lama lagi.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Moilley Milin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 10.15 pagi dan tiga jentera tiba di lokasi kejadian pada 10.23 pagi.

“Pihak Bomba menggunakan sumber air terbuka serta melalui tanker air bomba bagi proses pemadaman, dan operasi terkawal pada 12.03 tengah hari,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Keadaan antara 40 rumah yang musnah dalam kebakaran di Tawau pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sabah

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan manakala seramai 310 penghuni ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Dalam pada itu, seorang mangsa kebakaran Saparida Ambuolo yang berusia lingkungan 60-an berkata ketika itu dia sedang menunai solat sunat dhuha pada 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.

“Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat,” katanya.

Keadaan antara 40 rumah yang musnah dalam kebakaran di Tawau pada 2 Februari 2026. Foto JBPM Sabah

Saparida Ambuolo juga reda dengan ujian itu ketika menjelang Ramadan, dan tiada lagi persiapan duntuk menyambut bulan mulia itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *