Ziarah MADANI: Rumah Uzur Peniaga Kecil Terima Sumbangan PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Mohd Zaki Che Ibrahim di Balok, Kuantan pada 22 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

KUANTAN, 23 Jun – Kesusahan seorang peniaga kecil, Mohd Zaki Che Ibrahim, 45, di Balok dekat sini yang berdepan ujian membaiki rumah usang dan menyara keluarga dalam keadaan isterinya menghidap penyakit kronik, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tampil menghulurkan sumbangan pada Ahad.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pasangan suami isteri berkenaan yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 18 tahun menerusi program Ziarah MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Mohd Zaki Che Ibrahim di Balok, Kuantan pada 22 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

“Setiap pagi, Encik Mohd Zaki menyediakan juadah sarapan pagi di meja jualannya. Beliau berniaga kecil-kecilan demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Dalam keadaan kesihatan isterinya yang tidak menentu akibat menghidap penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus), mereka tetap cekal menghidupkan dapur sendiri dan memenuhi keperluan seorang anak,” katanya dalam catatan di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Mohd Zaki Che Ibrahim di Balok, Kuantan pada 22 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Menurut Ahmad Farhan, rumah yang didiami keluarga itu kini dalam keadaan uzur dengan bumbung bocor, lantai pecah dan dinding retak sekali gus menambah tekanan kepada kehidupan seharian mereka.

“Dalam semangat Ziarah MADANI, saya hadir mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan serta meneliti bentuk bantuan yang wajar disegerakan agar keluarga ini dapat kembali hidup dengan lebih aman dan selesa,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan kepada Mohd Zaki Che Ibrahim di Balok, Kuantan pada 22 Jun 2025. Foto Facebook Ahmad Farhan Fauzi

Beliau turut menyifatkan kisah keluarga itu sebagai satu perjuangan yang tidak ramai ketahui dan berharap bantuan berkenaan dapat membawa sedikit kelegaan dalam kehidupan mereka.

“Di sebalik gerai sarapan itu, ada sebuah kisah perjuangan yang tidak pernah diketahui ramai… dan di sebalik sumbangan ini, tersemat doa agar mereka tidak lagi berjuang sendirian,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *