Ziarah MADANI: PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Pengawal Keselamatan Terlibat Kemalangan

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada Mohd. Nuramin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang pengawal keselamatan bertugas di Kompleks Seri Perdana yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Menerusi hantaran terbaharunya di media sosial, sumbangan tersebut kepada Mohd Nuramin itu diserahkan oleh wakilnya yang juga Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi dalam sesi Ziarah MADANI.

“Beliau mengalami kecederaan serius akibat nahas itu dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan. Alhamdulillah, saya dimaklumkan saudara Mohd Nuramin kini beransur pulih.
“Dalam kunjungan ini, saudara Farhan turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan dan urusan seharian keluarganya,” katanya.
Pada hantaran itu juga, Anwar turut mendoakan Nuramin diberikan kesembuhan segera sekali gus dapat kembali bertugas seperti biasa.
Difahamkan Mohd Nuramin kini berehat dan dijangka menyambung kembali tugasnya setelah pemeriksaan susulan dilakukan tidak lama lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
