Ziarah MADANI: Pelajar Cemerlang SPM Teruja Terima Komputer Riba Daripada PM Anwar

Muhammad Syimir menerima komputer riba sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disampaikan Prof Dr Maszlee Malik (dua dari kiri) di Kampung Pangkalan Chengal, Perupok, Bachok. Foto Rosliza Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Seorang pelajar yang juga anak penjual kuih yang memperolehi keputusan cemerlang 8A, dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, menerima sumbangan komputer riba daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Muhammad Syimir Amar Almuktar, 18, teruja apabila menerima peralatan elektronik itu yang disampaikan bekas Menteri Pendidikan, Prof Dr Maszlee Malik mewakili Perdana Menteri dalam program Ziarah Kasih MADANI.

Katanya, dia akan melanjutkan pelajaran dalam program Asasi Teknologi Kejuruteraan di Politeknik Arau, Perlis pada 9 Julai ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan komputer riba ini.

“Tak terbayang pun benda macam ini (dapat percuma komputer riba) tiba-tiba dapat. Alhamdulillah, terima kasih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Chengal, Perupok, di sini.

Hadir sama, wakil Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohd Zainuddin Ghazali.

https://www.facebook.com/share/1HKhupC4kD/?mibextid=wwXIfr

Muhammad Syimir adalah anak ketiga daripada lima beradik disara ibunya yang juga ibu tunggal, Hayuzi Mat Zin, 46 dengan pendapatan membuat kuih-muih dengan pendapatan tidak menentu.

Selain Syimir, empat lagi adik beradiknya masih belajar dan bersekolah iaitu Muhammad Al Syarifullah, 20 sedang belajar di Politeknik Kulim, Kedah; Muhammad al Shaifullah, 19 di Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok bersama Nur Aliya adriana, 14 dan adik bongsunya, Muhammad Syimir Adam, 12 bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bachok.

Sementara itu, Dr Maszlee berkata, Perdana Menteri dan kerajaan kini tidak mahu ada sesiapa pun keciciran dan ketinggalan hanya kerana keadaan ekonomi mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *