Ziana Zain Diuji Pula Dengan Pemergian Ibu

Ziana berkongsi foto bersama dua insan tersayang yang sudah pergi menghadap Ilahi. Foto Instagram Ziana Zain

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Ujian bertimpa hadir dalam hidup penyanyi, Ziana Zain apabila ibunya, Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir, genap empat bulan selepas pemergian bapa tercinta.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 56, ketika berkongsi berita duka itu memaklumkan, ibunya meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Klang pada usia 74 tahun akibat kanser hati.

“Emak menghembuskan nafas terakhir di depan mata saya dan pergi selepas nazak di hospital malam tadi.

“Semua adik beradik sempat menghadap Mak dan kami reda dengan pemergian insan kesayangan kami.

“Ampunkan segala dosa Mak saya dan doakan arwah Mak ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Madah Berhelah itu, arwah ibunya berjuang melawan kanser hati sejak sekian lama sebelum penyakit tersebut merebak ke beberapa organ dalaman lain.

Kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu berkata, jenazah ibunya dijangka dikebumikan pada pukul 10 pagi ini selepas semua urusan hospital selesai.

Bapa kepada Ziana, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, 87, meninggal dunia pada pukul 3.32 petang, 26 Ogos lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *