TERKINI: Keahlian Tiga Adun Pas Perlis Terhenti Serta Merta

Tiga Adun Pas terhenti daripada menjadi ahli parti itu susulan pergolakan politik menyingkirkan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Pas mengumumkan keahlian tiga Adun di Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Abdul Hadi Awang mengumumkan keahlian Saad Seman (Chuping), Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, susulan mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat hari ini.

Kenyataan media Pas Pusat yang menghentikan keahlian tiga Adun mereka di Perlis pada 24 Disember 2025.

“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada speaker DUN bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” menurut kenyataan.

Terdahulu ketiga-tiga Adun berkenaan didakwa menyokong pertukaran Mohd Shukri sebagai Menteri Besar selain lima Adun Bersatu yang berkemungkinan menyebabkan Mohd Shukri tumbang.

Dan krisis PN bukannya datang daripada mana-mana pihak sebaliknya ditimbulkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Adun Sanglang itu.

Sindiran Mohd Shukri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya memakan diri apabila dilaporkan lapan ADUN Perlis menarik sokongan kepadanya sebagai menteri besar hingga terpaksa dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur.

“Kegagalan PN mentadbir Perlis bukannya sesuatu yang luar biasa malah telah lama berantakan sejak ‘operasi’ menumbangkan MB (Mohd Shukri) digerakkan ADUN yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri menangani isu rakyat,” kata pemerhati politik.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *