Xavi Sedia Lepas Jawatan Hujung Musim Ini

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez sedia melepaskan jawatannya susulan prestasi buruk musim ini setelah tewas 3-5 kepada Villarreal pada saingan La Liga awal pagi tadi. Foto Reuters

BARCELONA, 28 JanPengendali Barcelona, Xavi Hernandez akan melepaskan jawatannya pada penghujung musim selepas juara bertahan La Liga itu tewas 5-3 kepada Villarreal.

Selepas Real Madrid mengumpul kelebihan dua mata ke atas Girona di puncak liga hasil kemenangan 2-1 di Las Palmas, tekanan mula dirasai Barcelona yang menghuni tangga ketiga.

Gerard Moreno dan Ilias Akhomach meletakkan Villarreal di depan sebelum Barcelona bangkit menerusi jaringan Ilkay Gundogan dan Pedri.

Pemain Villarreal, Eric Bailly tertanduk bola ke gawang sendiri untuk membolehkan tuan rumah mendahului permainan di Estadi Olimpic Lluis Companys.

Ketika kemenangan hampir dalam genggaman anak buah Xavi, Goncalo Guedes kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-84 sebelum jaringan Alexander Sorloth dan Jose Luis Morales dalam masa kecederaan meletakkan Barcelona 10 mata di belakang pencabarnya, Madrid.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez sedia melepaskan jawatannya susulan prestasi buruk musim ini setelah tewas 3-5 kepada Villarreal pada saingan La Liga awal pagi tadi. Foto Reuters

“Mulai 30 Jun saya tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih Barca, sebagai peminat Barca, saya rasa kelab memerlukan perubahan dinamik.

“Berfikir sebagai seorang ahli kelab, saya rasa perkara terbaik adalah untuk saya pergi, saya akan memberikan yang terbaik dalam empat bulan berbaki.

“Saya fikir kami dapat mengharungi musim yang baik dan akan berlaku perubahan yang dinamik,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *