Karnival Jom Sihat MADANI Lonjak Jenama HRC, Galak Rakyat Amalkan Gaya Hidup Sihat – Andre Lai

Datuk Azman Abidin (kanan) bersama Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat (ALP) HRC, Andre Lai (dua dari kanan) menyaksikan majlis penyerahan sumbangan tiga unit Portable Hoist kepada HRC pada Karnival Jom Sihat MADANI @ HRC pada Sabtu. Foto Facebook
KUALA LUMPUR, 28 Jan – Karnival Jom Sihat MADANI di Hospital Rehabilitasi Cheras menepati sasaran awal menggalakkan gaya hidup sihat, telah berlangsung dengan jayanya biarpun diadakan pada hujung minggu (semalam).
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 4 petang itu merupakan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras.
Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HRC, Andre Lai, selain daripada objektif mengadakan program kesedaran kesihatan kepada masyarakat awam, ia juga satu progam untuk menaikkan jenama HRC sebagai satu-satunya hospital berasaskan proses pemulihan sesuai dengan peranan sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
“Majlis dirasmikan oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri mewakili Dato’ Seri Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang berada di program Zoo Negara bersama Perdana Menteri pada masa yang sama.

“Turut bersama kami adalah Dr Nor Aishah, Pengarah Kesihatan Negeri bagi WP Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Dr Faizul Nizam, Pengarah Hospital Cheras Rehabilitasi.
“Program mendapat sambutan yang memberangsangkan. Terdapat 30 reruai pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian mempamerkan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan dan manfaat mengamalkan gaya hidup sihat.
“Selain itu, terdapat aktiviti demonstrasi daripada badan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), demonstrasi silat serta cabutan bertuah bagi memeriahkan pengisian program,” ujar Andre.
Jelas beliau, pihak HRC dengan sukacitanya merakam penghargaan kepada penyumbang; antaranya Uncle Kentang yang telah menyumbangkan 3 unit “Hoist Sling Elevator Lifter” untuk kegunaan pihak hospital.
“Sebagai pengerusi, saya amat bangga atas kejayaan penganjuran program yang menerima kunjungan lebih daripada 1,000 pelawat.
“Satu program yang berjaya, tidak dapat dilakukan tanpa penyelarasan baik dari pasukan ALP dan pengurusan hospital, terutamanya Hj Saiful, Mihrab, Kak Ros, Hajjah Mariah dan ramai lagi.
“Semoga semua mendapat manfaat daripada program ini,” ujarnya lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
