Warganet Sokong Langkah Kerajaan Selangor Tutup, Batal Penternakan Babi

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikeluarkan pada 12 Februari 2026. Foto Facebook Amirudin Shari

SHAH ALAM, 12 Feb – Susulan keputusan yang dibuat hari ini berkenaan pembatalan pemberian lesen penternakan babi di negeri ini manakala penutupan ladang penternakan babi sedia ada akan dipercepatkan, warganet menyokong langkah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

Mereka menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai melindungi kepentingan majoriti rakyat negeri yang mahu mengurangkan pencemaran yang berlaku akibat penternakan haiwan ternakan itu di negeri ini.

Seorang warganet menulis “Dengan keputusan yang telah dipersetujui seperti yang diperincikan, semoga kemudaratan yang berlaku dapat dihentikan sepenuhnya..,” tulis Muhamad Zain.

Kenyataan media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang dikeluarkan pada 12 Februari 2026. Foto Facebook Amirudin Shari

Menurut komen Zyana Liyasa, “Bila Sultan dah bertitah, maka rakyat semua perlu berdiri bersama-sama tuanku Sultan demi kesejahteraan negeri kita,” tulisnya.

Manakala Rhoma Najlie pula berpandangan, “Alhamdulillah. Kita semua menyambut baik Titah DYMM, tp tgk ade lagi yg panass semacam pehal tu? MB Selangor all out utk semua pekara berkaitan kesejahteraan Rakyat Selangor. Ini yg buat walaun x boleh terima pakai… Haha,” katanya.

Untuk rekod, penternakan haiwan berkenaan dilaksanakan di daerah Kuala Langat dan Sepang menyebabkan pencemaran bau dan ekosistem sungai serta laut selain merosakkan alam sekitar akibat kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik sejak puluhan tahun lalu.

Kenyataan media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang dikeluarkan pada 12 Februari 2026. Foto Facebook Amirudin Shari

Ini menyebabkan Sultan Sharafuddin bertitah bahawa keperluan daging haiwan itu boleh diperolehi secara import dan Kerajaan Selangor akan menyelaraskan lesen pengimportan bersama Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu menerusi satu kenyataan, kerajaan Selangor memutuskan tidak akan meneruskan projek berkenaan susulan titah Sultan Sharafuddin yang dikeluarkan pada 10 Februari lalu.

Kenyataan akhbar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Februari 2026. Foto Facebook Selangor Royal Office

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketetapan itu diputuskan menerusi MMKN berhubung isu yang memberikan kesan kepada rakyat di mana-mana daerah di negeri ini.

“Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda menzahirkan tidak memperkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

“Sejak Januari lalu, kerajaan negeri sudah memberhentikan pengeluaran lesen penternakan babi dan memfokuskan kepada pengosongan tapak ladang sedia ada di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebagaimana titah Sultan Selangor yang dizahirkan pada bulan lalu.

Kenyataan akhbar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Februari 2026. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Dalam menjunjung kasih titah terbaharu Tuanku, kerajaan Negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *