Azam Baki Serah Surat Tuntutan RM100 Juta Kepada Bloomberg

Firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad yang mewakili beliau, turut menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta terhadap Bloomberg atas dakwaan menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional Azam pada 12 Februari 2026.
PUTRAJAYA, 12 Feb – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, telah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita perniagaan antarabangsa, Bloomberg, susulan laporan yang disifatkannya sebagai berunsur fitnah berkait dakwaan bahawa beliau memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
Firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad yang mewakili beliau, turut menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta atas dakwaan menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional Azam.
Hasil semakan mendapati LOD itu telah dihantar ke pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat (AS) dan juga di Malaysia.
Firma guaman itu dalam satu kenyataan, hari ini, mendakwa bahawa artikel terbabit ‘berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan sangat mengelirukan’.

Menurutnya, laporan itu didakwa bukan saja amat menjejaskan Azam secara peribadi tetapi juga maruah serta integriti jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ia sekali gus mengesahkan pihaknya telah diarah untuk memulakan tindakan undang-undang dan mengambil segala
Menurut firma itu lagi, pihaknya telah diarah untuk memulakan tindakan undang-undang serta mengambil segala langkah perundangan sedia ada, termasuk menuntut ganti rugi serta relif lain yang bersesuaian.

Menurut LOD bertarikh 12 Februari 2026, artikel bertajuk ‘Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry’ itu diterbitkan pada 10 Februari dan ditulis oleh dua wartawan.
Surat itu menyatakan artikel terbabit mendakwa Azam, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan menyifatkannya sebagai pendedahan awam pertama berhubung pegangan besar atas nama Azam sejak kontroversi terdahulu.
LOD itu berhujah bahawa penerbitan terbabit didakwa memberikan gambaran seolah-olah Azam tidak membuat pengisytiharan hartanya secara terbuka, selain mencadangkan berlaku ketidakwajaran berkait pegangan saham berkenaan.
Surat itu antara lain menegaskan Azam telah mematuhi sepenuhnya semua keperluan pengisytiharan harta sebagai penjawat awam, termasuk membuat pengisytiharan melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
