Warganet Hairan Harakahdaily Jadi ‘Bisu’ Isu Tangkapan Anak MB Perlis

Warganet dengan pantas menyindir skandal tiga anak pemimpin Perikatan Nasional (PN) menerusi satu poster yang tular di media sosial hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 Apr – Pada ketika majoriti portal media rancak membicarakan kes anak Menteri Besar Perlis yang menjadi antara enam individu yang ditahan dan direman oleh SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000, sebuah portal milik pembangkang seakan ‘membisu’.
Semakan mendapati hanya tajuk ‘MB Perlis serah kepada SPRM’ sahaja yang disiarkan portal pemfitnah nombor satu negara, Harakahdaily edisi atas talian dalam senarai tajuk berita terkini yang telah disiarkan.
Malah tajuk itu pula tidak memperincikan mengapa Mohd Shukri Ramli seolah-olah ‘pasrah’ dengan tindakan agensi anti-rasuah itu yang makin menambah kepelikkan warganet yang tercari-cari di mana berita penahanan anak Pesuruhjaya Pas Perlis itu disiarkan di portal berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan penahanan anak Mohd Shukri menjadi skandal terbesar melanda kerajaan negeri diperintah parti penunggang agama itu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada November 2022.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama portal pemfitnah tersohor itu ‘menyepi’ setiap kali skandal atau penangkapan melibatkan pemimpin atau ahli keluarga pembangkang sama ada kes seleweng minyak masak bersubsidi, skandal rasuah melibatkan Jana Wibawa atau misteri kehilangan menantu seorang bekas perdana menteri sehingga kini.
Dan berita terbaharu ini yang mana suspek berusia 27 hingga 37 ditahan termasuk beberapa pegawai kerajaan negeri di sekitar Perlis, semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar bagi mendapatkan perintah reman, langsung tidak disiarkan.
Difahamkan, penahanan berkenaan adalah berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini.
Sepatutnya portal berkenaan cuba ‘mempertahankan’ Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu namun bertindak ‘defensif’ dan menjadi bahan ketawa warganet di media sosial sejak jam 3 petang tadi.
“Semua media dah keluarkan headline “Anak MB Perlis ditahan SPRM”, tapi 1 media je lagi senyap x keluarkan berita tu sampai la ni..
Reporter cuti ke?,” sindir seorang warganet yang dikenali dengan nama Orenji.
Ujar seorang lagi warganet, “sufikumari sibuk cari news kat rumah MB selangor. Perlis kecik sangat dia kata lagi pun jauh nak pergi takde bajet duit minyak dan tol,” tulisnya.
“Terbaca MB Perlis berbesan dengan Presiden PAS.
“Mesti letih nak bersembang sesama depa. Aku cakap lain, dia balas benda lain,” tulis warganet.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


