Utamakan Keselamatan, Waspada Ancaman Kebakaran Sempena Hari Gawai – Jame Stephen

Jame Stephen melawat mangsa kebakaran di RH CHALIE Mbo, Ulu Sebauh bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bintulu diwakili oleh Timbalan Ketua AMK Bintulu Philbest Etan.

BINTULU, 28 Mei – Semua pihak diseru mengutamakan keselamatan kawasan masing-masing menjelang sambutan Hari Gawai Dayak yang bakal diraikan tidak lama lagi, khususnya kepada mereka yang pulang ke rumah panjang dan membuat persiapan perayaan.

Menurut pemimpin masyarakat di sini, Jame Stephen, adalah amat penting bagi semua pihak mengutamakan keselamatan semasa musim perayaan demi memastikan suasana selamat dan harmoni, tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti kebakaran atau kemalangan.

Antara aspek yang ditekankan termasuklah pemeriksaan peralatan elektrik, mencegah penyambungan elektrik secara haram atau berlebihan dan sebagainya.

Jame Stephen menyantuni mangsa kebakaran di RH CHALIE Mbo, Ulu Sebauh bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bintulu diwakili oleh Timbalan Ketua AMK Bintulu Philbest Etan.

“Ini kerana beban berlebihan yang digunakan semasa perayaan mampu mencetuskan kebakaran malah boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kemalangan jiwa.

“Saya menyeru agar pemimpin masyarakat terutamanya tuai rumah dapat menghubungi pihak berwajib seperti Sarawak Energy bagi menyelia dan memastikan bekalan elektrik dan penggunaannya berada pada tahap terkawal.

“Pastikan semua peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan tidak rosak terutama peralatan yang menggunakan kuasa tinggi.

“Elakkan sambungan elektrik berlebihan dan cabut palam peralatan yang tidak digunakan bagi mengelakkan risiko litar pintas,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas melawat mangsa kebakaran di RH CHALIE Mbo, Ulu Sebauh bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bintulu diwakili oleh Timbalan Ketua AMK Bintulu Philbest Etan.

Jame menambah, keselamatan bahan makanan juga wajar dititik beratkan agar terhindar daripada sebarang penyakit seperti sakit perut, cirit birit dan taun.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *