Undang-Undang Baharu Akan Diperkenal Bolehkan AI Beroperasi Secara Bebas – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 bertemakan “The Intelligent Grid: Building Bridges Through Sovereign AI Collaboration” di Kuala Lumpur pada 28 Mei 2025.
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu undang-undang baharu akan diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara.
Jelas Perdana Menteri, walaupun undang-undang digubal bagi melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.
“Jika kita mahu menggunapakai AI, maka kita tidak boleh memikirkan kedaulatan dalam bentuk pemikiran lama,” katanya.

Terdahulu pada Forum Ekonomi Fortune ASEAN-GCC-China malam tadi, Anwar mengetengahkan usaha gigih pimpinan ASEAN selama dua hari ini yang menunjukkan iltizam jelas untuk menangani isu-isu rumit dengan semangat muafakat dan persahabatan.
“Kita bersetuju bahawa ASEAN harus kekal sebagai blok yang kukuh dan bebas yang bersatu dalam melindungi kepentingan serantau dan menjayakan agenda pembangunan bersama GCC dan China.

“GCC kini muncul sebagai kuasa ekonomi berpengaruh di Asia Barat dengan kekuatan dalam sektor tenaga, pelaburan teknologi baharu, digitalisasi dan kecerdasan buatan.
“Kerjasama rapat dengan GCC membuka ruang bagi pembentukan pasukan serantau yang benar-benar berwibawa dan berdaya saing.

Penegasan Perdana Menteri itu dibuat pada sesi Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 bertemakan “The Intelligent Grid: Building Bridges Through Sovereign AI Collaboration” anjuran Fortune di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
