Umno Tiada Cadangan Tukar MB Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak bercadang menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun namun apa yang berlaku rupanya indah khabar dari rupa. Foto Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Tidak timbul cadangan untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan biarpun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu mengesahkan perkara itu ketika diminta mengulas pendirian Umno Negeri Sembilan yang tetap hilang kepercayaan kepada Aminuddin dan pada masa sama mengekalkan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada cadangan (untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang),” katanya.

Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mei 2026. Foto Facebook Pakatan Harapan

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan pada 5 Mei lalu memutuskan Umno menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan di bawah teraju Pakatan Harapan (PH).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *