Umno Tak Berniat Nak Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid bercakap pada Perhimpunan Kami Gen MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 5 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Umno tidak untuk berniat menjadi pembangkang susulan kemelut politik di Negeri Sembilan selepas penarikan sokongan parti itu terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihak parti sudah memutuskan sebelum ini bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno negeri itu masih di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Tak, kita tidak ada niat pun untuk jadi pembangkang. Itu hanya sebuah kenyataan.

“Umno di peringkat Pusat sudah memutuskan bahawa 14 ADUN di Negeri Sembilan itu tetap menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya.

Ahmad Zahid mengulas perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Kami Gen MARA sempena Karnival 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Umno Negeri Sembilan sebelum ini menegaskan parti itu rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Namun, berdasarkan perkembangan semasa termasuk pertemuan antara Biro Politik Pakatan Harapan (PH) dan Umno malam ini dijangka akan menyelesaikan isu terbabit.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *