Krisis Negeri Sembilan: Biro Politik PH, Umno Mesyuarat Malam Ini

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan mesyuarat dengan Biro Politik Umno di Putrajaya pada 5 Mei 2026. Foto arkib
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Biro Politik Pakatan Harapan (PH) dan Biro Politik Umno akan mengadakan pertemuan malam ini bagi membincangkan beberapa isu termasuk krisis politik di Negeri Sembilan.
Pertemuan kedua-dua pihak itu akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya sekitar jam 8 malam.
Menurut sumber, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan kemelut politik yang sedang dihadapi kerajaan Negeri Sembilan susulan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dari UMNO menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Difahamkan, seluruh ahli Biro Politik Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada pertemuan itu nanti.
“Iya, pertemuan akan diadakan di rumah Perdana Menteri di Kompleks Sri Perdana membabitkan seluruh ahli Biro Politik UMNO dan PH. Agenda utama perbincangan adalah membabitkan krisis politik di Negeri Sembilan,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid khusus bagi membincangkan krisis berkenaan.
Pada 27 April lalu, kemelut politik di Negeri Sembilan memuncak susulan 14 ADUN Umno mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Aminuddin di sebagai Menteri Besar.
Keputusan itu dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan yang perlu dihormati dan dipertahankan tanpa campur tangan politik.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

