UCL: Galatasaray Malukan Liverpool Di Istanbul Lagi

Mario Lemina muncul wira tuan rumah apabila meledak gol kemenangan untuk Galatasaray meraih bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Anfield pada 17 Mac 2026. FoTo AFP

ISTANBUL, 11 Mac – Kebimbangan Liverpool dalam kunjungan ke Türkiye menjadi kenyataan apabila tumpas 0-1 kepada Galatasaray dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Mario Lemina muncul wira tuan rumah apabila meledak gol kemenagan untuk Galatasaray meraih bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Anfield, minggu depan.

Lemina menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan seawal minit ketujuh selepas Victor Osimhen menanduk bola sepakan penjuru ke arah gawang.

Pemain Galatasaray meraikan kejayaan mereka menumpaskan Liverpool dalam pusingan pertama 16 terbaik aksi Liga Juara-Juara Eropah di Istanbul pada 10 Mac 2026. Foto Anadolu Ajansi

Keputusan itu mengulangi pertemuan kedua-dua pasukan pada September lalu dalam fasa liga apabila Galatasaray turut menang 1-0 hasil sepakan penalti Osimhen.

Liverpool menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas kekecohan di depan gawang, namun jaringan berkenaan dibatalkan selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan pertahanan, Ibrahima Konate sebelum masuk ke dalam gawang.

Selepas mendahului, Galatasaray terus mengasak dengan penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili, melakukan beberapa aksi menyelamat penting.

Ketika masa semakin suntuk, Liverpool kembali mengancam tetapi penjaga gol tuan rumah, Ugurcan Cakir, melakukan satu lagi aksi cemerlang untuk menafikan percubaan Hugo Ekitike. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *