Tunggu Respon Negara Arab Terhadap Kenyataan PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad jam 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 15 Sep – Serangan rejim Zionis Israel membedil Doha di tengah-tengah kegilaan Benjamin Netanyahu menyerang enam negara tanpa mengira berdaulat atau tidak.

Semuanya ‘diganyang’ termasuk Iran, Iraq, Yaman, Syria dan Qatar hingga pentadbiran Doha sudah tidak boleh bersabar lagi lalu menelefon hampir semua pemimpin negara Islam sejak Khamis lalu kerana biadabnya Israel sudah sampai peringkat melampau.

Sejak Jumaat minggu lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani meminta beliau ke Doha atas jemputan khas Sidang Tergempar Negara Arab-Islam, sudah cukup memberikan isyarat jelas ke seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad jam 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025. Foto PMO

Kendatipun, Anwar bukan calang-calang pemimpin Islam dari negara rantau Asia Tenggara yang teguh pendirian dan prinsip menolak keganasan dan pertumpahan darah.

Apabila Emir sebuah negara terkaya di dunia sudah menelefon, panggilan tersebut benar-benar bersifat nada serius, pencerobohan rejim Israel sudah tidak boleh didiamkan lagi.

Maka jam 7 malam waktu Malaysia, Anwar membawa suara ASEAN selaku pengerusi semasa berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempuh penerbangan kira-kira tujuh jam 30 minit meredah kegelapan malam dan awal pagi sebelum tiba jam 2.30 pagi tadi waktu Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad jam 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sepanjang penerbangan merentasi Laut Andaman kemudian merentas benua kecil India dari timur ke barat dan memasuki Teluk Parsi, Anwar memilih solidariti daripada kesenangan diri, memikirkan dan mengenang nasib saudara seagama di Gaza yang terus dihalau di bumi mereka sendiri.

Sekali lagi Anwar dicemuh kononnya ‘jalan-jalan makan angin’ oleh pentaksub pembangkang sedang realitinya pemimpin mereka yang ‘makan gaji buta’ 33 bulan sebagai ‘Duta Khas Timur Tengah’ sibuk di Kota Sarang Semut mencari jalan menumbangkan kerajaan biarpun Agong telah bertitah tunggu sehingga tempoh PRU16.

Sungguh tidak bertanggungjawab pentaksub mereka melemparkan fitnah dan tohmahan tidak berasas di saat mereka berhimpun di utara tanah air tanpa memikirkan nasib rakyat Palestin tetapi ‘menunggang’ simpati dengan ‘tin melo’ demi kepentingan parti.

Apalah yang boleh diharap dengan ‘Duta Khas Timur Tengah’ yang makan gaji 33 bulan kecuali memikirkan bagaimana nak menumbangkan kerajaan walaupun beluk sampai masanya?

“Terpaling kecam la sgt lepas tu terbang ke sana ke sini alasan meeting3 result zero, bkn negara HARAM tu kesah meeting beratus kali pun.. skrg kena bertindak bkn meeting jer..”

“Klu tun yg berucap penuh dgn fakta dan sindiran tajam pada negara Israel. Tapi bila anuar yg berucap mcm supervisor kilang sahaja pemimpin Israel pun gelak adoiiii” – antara caci nista yang sedikit pun tidak berkudis malah hanya memalukan diri mereka sendiri.

Bukan sahaja sidang tergempar di Doha yang menekankan kenyataan negara, Anwar juga sebelum itu menzahirkannya dalam Mesyuarat Luar Biasa OIC dan Sidang Menteri Luar OIC ke-51 di Istanbul pada Jun dan Ogos lalu, di mana Malaysia menekankan bahawa dunia Islam mesti bersatu mempertahankan hak rakyat Palestin tanpa tunduk kepada percaturan kuasa besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad jam 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Di bawah kepimpinan Anwar juga turut memperkukuh kerjasama dengan Turkiye dan Qatar, membentuk blok suara alternatif yang lebih konsisten menentang penindasan Israel — berbeza dengan sesetengah negara Arab yang memilih jalan normalisasi hubungan atas kepentingan ekonomi.

Kita berharap kenyataan negara yang akan disampaikan Perdana Menteri jam 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) akan mencerahkan tindakan lebih tegas dan keras kerana jika Qatar pun Israel boleh serang, tidak mustahil kebiadaban mereka menjalar ke rantau lain.

Jadi respon negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Mesir juga sedang disaksikan seluruh dunia selepas Anwar menyampaikan kenyataan berkenaan, apakah masih tunduk kepada Trump atau bertindak membantu penduduk Gaza tanpa merasa gentar dengan ugutan Netanyahu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad jam 9.30 malam Ahad waktu tempatan (2.30 pagi Isnin waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam di Doha pada 15 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *