Jangan Ketawa: Pas ‘Yakin’ Rampas Selangor, Perak, Pahang Pada PRU 16

Dilanda keuzuran pun masih tidak menghalang Abdul Hadi terus ‘bernafsu’ mahu merampas Selangor, Perak dan Pahang sedang realitinya kekuatan Pas di empat negeri terus merosot dengan ketara.
ALOR SETAR, 15 Sep – Pas ‘yakin’ kemenangan parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) dalam PRU akan datang bakal menyaksikan mereka menawan Pahang, Perak dan Selangor, selain mempertahankan empat negeri sedia ada.
Presidennya Abdul Hadi Awang berkata Pas juga yakin untuk menambah kerusi di negeri selatan tanah air termasuk di Sabah yang akan berdepan PRN tidak lama lagi.
“Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis yang dikuasai PAS dan PN adalah ‘Negeri Pangkalan’ yang wajib dipertahankan dan dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.

“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan di Pahang, Perak, dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi Pas dan PN di peringkat Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah.
Katanya, Pas juga perlu melonjakkan pencapaian parti itu di negeri selatan dan juga di Sabah yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi.
Hadi juga menyeru sayap pemuda dan wanita Pas untuk terus berusaha mengekalkan sokongan pengundi muda yang dianggap sebagai kumpulan penting yang bakal menjadi penentu kemenangan pada PRU akan datang.

Bagaimanapun penganalisis meragui keyakinan Abdul Hadi kerana di Dewan Rakyat pun Abdul Hadi tidak secergas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pencerahan terhadap isu-isu rakyat.
”Jika hanya bergantung kepada api perkauman dan menunggang agama, Pas tidak akan ke mana-mana sebaliknya Abdul Hadi perlu khuatir corak perubahan pemikiran rakyat dan tidak terbuai-buai dengan ‘kemenangan palsu’ menerusi fitnah pada PRU15.
”Usahkan 80 kerusi, 30 pun belum tentu dikekalkan jika wakil rakyat mereka yang tiada dana membantu rakyat amat mudah ditolak terutama di Kedah dan Perlis dalam tempoh dua tahun lagi,” kata penganalisis Faizul Abd Ghani.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
