‘Tunggu Masa Sesuai Rakam Keterangan Tan Sri’

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan siasatan ke atas ‘Tan Sri’ terkait skandal sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Ini berikutan ‘Tan Sri’ yang dikatakan sebagai pemegang konsesi lebuh raya berkenaan masih belum dirakam keterangan kerana sedang menerima rawatan sehingga Sabtu dan baru sahaja dimaklumkan sudah keluar dari sebuah hospital swasta, kata Tan Sri Azam Baki.

SPRM sebelum ini dilaporkan telah mendapat pengesahan daripada doktor yang merawat Tan Sri berkenaan mengenai status kesihatannya sebelum meneruskan proses mengambil keterangan.

Jumlah terkini sitaan membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta, sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.

Turut disita adalah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta, tas tangan bernilai RM3 juta, barang kemas serta berlian sebanyak RM6 juta dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.

Antara lain ialah sitaan membabitkan minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta ⁠aktiviti perjudian dianggarkan kira-kira RM20 juta.

Setakat ini, seramai 45 saksi yang dirakam percakapan telah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *