Trump Tiba Di Beijing Atas Undangan Jinping Dalam Tempoh Sembilan Tahun

Lawatan Trump ke China dari 13 hingga 15 Mei adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping dan ketibaan beliau disambut Naib Presiden China, Hang Zheng pada 13 Mei 2026. Foto AFP

BEIJING, 13 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Beijing pada petang Rabu sempena lawatan negara ke China, lapor agensi berita Xinhua.

Lawatan Trump ke China dari 13 hingga 15 Mei adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping dan ketibaan pesawat Air Force One membawa Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing disambut Naib Presiden, Hang Zheng jam 7.53 malam waktu tempatan (7.53 malam waktu Malaysia).

Ini merupakan lawatan pertama presiden AS ke China dalam hampir sembilan tahun dan kedua buat Trump sejak November 2017.

Risiko geopolitik kekal memuncak dengan pertemuan berimpak tinggi antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping yang dijadual berlangsung minggu ini. Foto AFP

Kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai isu-isu utama berkaitan hubungan dua hala dan keamanan dunia serta pembangunan, menurut kementerian luar China.

Terdahulu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio tiba di ibu negara China itu bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Li Qiang sebelum bakal mengiringi presiden masing-masing pada pertemuan hari ini dan esok.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *