Tren Projek Tergelincir, KTMB Jangka Kelewatan KTM Komuter, ETS

Tren kejuruteraan tergelincir mengakibatkan operasi KTM Komuter dan ETS dijangka mengalami kelewatan. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan pada pagi Rabu susulan insiden gelinciran tren kejuruteraan projek.
Menerusi kemas kini di Facebook KTM Berhad, berlaku kelewatan antara 15 hingga 20 minit dari Stesen KL Sentral ke Tanjong Malim dan KL Sentral ke Batu Caves serta perkhidmatan ETS.
Menurutnya, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan insiden tersebut akan mengambil masa untuk dipulihkan.

“KTMB memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku. Perkembangan terkini akan kami laporkan dari semasa ke semasa,” menurut kemas kini tersebut pada pagi Rabu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
