Trafik Perlahan Menghala Lembah Klang

Keadaan trafik menghala Lembah Klang dari pelbagai hala dilaporkan menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 21 September 2025. Foto LLM

KUALA LUMPUR, 21 Sep – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala Lembah Klang bergerak perlahan setakat 6.30 petang tadi ekoran pertambahan kenderaan susulan cuti persekolahan berakhir hari ini, serta hujan lebat di sekitar ibu negara.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan perlahan dari Permatang Pauh ke Perai serta Tapah ke Sungkai.

Aliran trafik dari arah utara pula dilaporkan semakin perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar.

Keadaan trafik menghala Lembah Klang dari pelbagai hala dilaporkan menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 21 September 2025. Foto LLM

“Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E2 arah selatan, trafik perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale serta Simpang Renggam ke Kulai.

“Di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), trafik arah utara juga agak perlahan dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan susulan insiden sebuah treler terbakar di Kilometer 21.9 menyebabkan lorong kiri terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Turut dilaporkan perlahan aliran trafik di Tambak Johor arah utara dari Woodlands ke Johor Bahru dan di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) arah selatan dari Tuas ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), aliran trafik perlahan dari Bentong ke Lentang serta Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *