Trafik Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Menuju KL

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Foto Facebook LLM
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat jam 4 petang tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Sungai Siput, Perak.
Peningkatan trafik turut berlaku di arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka, katanya.
Menurut LLM, trafik juga dilaporkan perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi hingga Genting Sempah, Pahang sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.
”Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
