Podcast YBM Rafizi Hanya Bentang Formula, Alasan – Puad

Hantaran di Facebook Puad mengkritik Rafizi pada Isnin. Foto Facebook Dr Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR, 12 FebSeorang pemimpin Umno mengkritik program bual bicara podcast YBM atau ‘Yang Bakar Menteri’ dikendalikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang didakwa hanya membentangkan formula dan alasan berbanding kejayaan mengurus ekonomi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata rakyat sudah jemu mendengar “formula” daripada Rafizi, apabila hakikat ketika ini ringgit semakin melemah, barangan asas naik mendadak, dan harga kenderaan meningkat.

“Cuba turunkan satu daripada isu di atas. Rakyat jemu dengar formula dan alasan. Podcast ‘Yang Bakar Menteri’ gimik mempopularkan diri.

“Jangan buang masa rakyat untuk dengar temberang. Tukar nama podcast itu kepada nama baru ‘Ini kejayaan formula saya’,” kata Puad di Facebook.

Adun Rengit itu sebelum ini lantang mengkritik timbalan presiden PKR itu dengan menggelarnya “raja formula temberang”.

Hantaran di Facebook Puad mengkritik Rafizi pada Isnin. Foto Facebook Dr Puad Zakarshi

Menjengah di ruangan komen, pertelingkahan itu menarik perhatian warga maya Adrian Hakim yang mempersoalkan keutuhan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Kenapa terus berbalah? Adakah petanda kerajaan perpaduan akan runtuh dalam tahun ni?,” soalnya.

Husin Osman turut membangkitkan perkara sama apabila menyifatkan percakaran antara pemimpin parti dalam kerajaan memberi bola tanggung kepada pihak lawan.

“Boleh bertahankah keharmonian dan kerjasama antara Umno-PH dalam kerajaan jika sindir menyindir secara terbuka begini.

Antara komen pembaca Facebook Puad yang mengkritik Rafizi pada Isnin. Foto Facebook Dr Puad Zakarshi

“Secara tak langsung memberi bola tanggung kepada pasukan penebuk atap,” tulisnya.

”Pizi letak jawatan la jadi menteri tak berfungsi pun menghabiskan duit rakyat bayar gaji dan elaun kau je,” tulis Keredhaan Diri.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *