Tolak Gaji, Elaun Pengerusi Khazanah Bukti PMX Ikhlas Bekerja Demi Negara

Pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulangkan kembali elaun sebagai Pengerusi Khazanah Nasional membuktikan beliau benar-benar ikhlas mahu bekerja demi negara. Foto Bernama

PENDAPAT, 27 AprSetelah menolak gajinya sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menolak satu lagi pendapatan yang layak diterimanya.

Kali ini, beliau menolak elaun sebagai Pengerusi Khazanah Nasional (Khazanah), cabang utama pelaburan kerajaan.

Setiap Perdana Menteri adalah juga merupakan Pengerusi Khazanah sejak dulu lagi.

Katanya, beliau menolak daripada menerima elaun berkenaan, sama seperti keputusan tidak menerima gaji selaku Perdana Menteri adalah selagi keadaan ekonomi di Malaysia tidak pulih sebaiknya.

Pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulangkan kembali elaun sebagai Pengerusi Khazanah Nasional membuktikan beliau benar-benar ikhlas mahu bekerja demi negara. Foto Bernama

Apa yang menarik berkaitan jawatan selaku Pengerusi Khazanah ini ialah Anwar baru saja mengetahui jawatan tersebut turut dibayar elaun.

Selama ini, beliau merasakan kedudukan sebagai Pengerusi Khazanah tidak diberi apa-apa elaun kerana sebagai Perdana Menteri sudah pun dibayar gaji.

“Sebentar tadi saya pengerusikan mesyuarat Khazanah…rupanya (sebagai) pengerusi (Khazanah, semua ada elaun dan saya tidak tahu.

“Lepas beberapa bulan masuk akaun dalam bank iaitu elaun mesyuarat, saya beritahu saya tidak ambil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden MIC Tan Sri SA Vignewaran pada Majlis Penyampaian Cek Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MiED), di Putrajaya hari ini.

“Saya terpaksa pulangkan balik elaun Khazanah dan saya beritahu mesyuarat tadi jangan bayar elaun saya lagi selepas ini,” katanya.

MELALUI KEHIDUPAN SUSAH

Menurut Anwar, beliau bekerja dengan bersemangat kerana pernah melalui kehidupan yang susah dan pengalaman itu mengajarnya untuk membantu semua rakyat di negara ini.

“Saya lalui cara hidup yang sangat susah dan derita, (susah dan derita) mengajar saya, apabila ada kuasa cuba sebaik mungkin untuk membantu memperbaiki nasib rakyat.

“Sebab itu saya kata, saya bukan dari keluarga yang kaya dan saya tidak ambil gaji sebagai perdana menteri, kemudian ada orang kata tidak ambil gaji perdana menteri tapi ambil gaji sebagai menteri kewangan. Itu tidak betul,” tambahnya.

BUKAN MENGEJAR KEMEWAHAN

Dengan apa yang dilakukan Anwar ini, terbukti beliau benar-benar ikhlas bekerja demi rakyat dan negara, bukan untuk mengejar kemewahan serta habuan.

Hanya orang yang tidak waras serta jiwanya rosak sahaja yang mempersendakan niat murni PMX ini .
Yang sentiasa berlapang dada akan menerima tindakan PMX ini dengan rasa bangga dan sentiasa positif.

  • Oleh Noraini Nordin

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *