Kemeriahan Rumah Terbuka Terus Erat Hubungan Kaum Di Wangsa Maju – Andre Lai

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai (kiri) dan Naib Ketua Cabang, Azmee Abd Rahim (dua dari kiri) meraikan sambutan rumah terbuka penduduk di Taman Danau Kota 23B, Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Seakan satu pesta berterusan selama sebulan, kemeriahan Syawal terus dirasai di seluruh Wangsa Maju dengan penglibatan aktif Ketua Cabangnya, Andre Lai bersama-sama pimpinan cabang pada Sabtu mengunjungi banyak sekali rumah terbuka yang dianjur para penduduk dan pimpinan setempat.

Dengan tema ‘Meraikan Syawal Di Wangsa Maju Bersama Malaysia MADANI’, Andre mengucap rasa syukur kerana kemeriahan Aidilfitri terus dirasai dan diraikan bukan hanya orang Melayu malah semua kaum yang bermastautin di sini.

“Saya melihat penglibatan rakyat pelbagai kaum dalam penganjuran rumah terbuka membuktikan Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan untuk orang Islam bahkan ia turut diraikan segenap lapisan kaum mengeratkan hubungan dan perpaduan di Wangsa Maju.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai (kiri) dan Naib Ketua Cabang, Azmee Abd Rahim (dua dari kiri) meraikan sambutan rumah terbuka penduduk di Taman Danau Kota 23B, Wangsa Maju malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

“Justeru saya amat berharap biarpun Syawal sudah memasuki hari ke-18 (semalam) tetapi ia akan tetap diteruskan kerana ia merupakan medan terbaik membuktikan agenda Malaysia MADANI terbaik untuk semua rakyat,” ujarnya.

Terdahulu Andre mengunjungi beberapa sambutan rumah terbuka yang diadakan antaranya di Flat Danau Kota, Perumahan Sri Langkawi, Kampung Setia Jaya di Surau Madina dan Taman Danau Kota 23B.

Pelbagai juadah enak seperti sate, lemang, ketupat dan rendang serta persembahan pentas turut memeriahkan sambutan rumah terbuka dalam suasana penuh muhibbah selain besenda loka dengan penduduk sekitar.

Andre Lai mengucapkan terima kasih kepada para penduduk Taman Danau Kota 23B kerana menganjurkan majlis rumah terbuka yang dipenuhi penduduk sekitar malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

Dalam pada itu Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Azmee Abd Rahim yang turut hadir berkata KEADILAN Wangsa Maju sentiasa terbuka menerima sebarang jemputan dari mana-mana pihak termasuk persatuan penduduk bagi menyampaikan sebarang maklumat terkini yang berlaku di kawasan masing-masing.

“Saya yakin dengan penglibatan aktif KEADILAN Wangsa Maju menyantuni setiap penganjuran rumah terbuka ini akan dapat menambah keberadaan parti di kalangan penduduk selain bersama-sama memeriahkan Syawal berbaki 10 hari lagi,” katanya.

Kemeriahan Syawal di Sri Langkawi 1 disaksikan Andre dan Azmee bersama-sama penduduk yang hadir pada majlis rumah terbuka anjuran penduduk malam tadi. Foto Facebook Andre Lai

Difahamkan rumah terbuka yang dianjurkan persatuan penduduk atau individu sememangnya menjadi ‘tradisi’ setiap tahun malah lebih meriah tahun ini dengan harga barang stabil, kemampuan rakyat meningkat dari segi pendapatan boleh guna dan tiada lagi ancaman pandemik Covid-19 yang dialami beberapa tahun lalu.

Andre dan Azmee turut menitip pesan kepada seluruh rakyat terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Pekerja dan Aidilfitri MADANI Wangsa Maju bersama Komuniti PPR Gombak Setia yang akan diadakan pada 1 Mei ini.

“Mewakili KEADILAN Cabang Wangsa Maju, kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Pekerja dan Aidilfitri MADANI Wangsa Maju bersama Komuniti PPR Gombak Setia pada Rabu, 1 Mei 2024,” ujar mereka. 


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *