Tinggikan Suara Kepada Ketua Polis Perak, Penjawat Awam Didenda

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan turut mengarahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.

IPOH, 23 Sep – Seorang penjawat awam didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak, Mei lalu.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan turut mengarahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abang Fikri didapati berkelakuan tidak senonoh dengan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak yang berpangkat ‘Datuk’.

Perbuatan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 90 Akta Polis itu dilakukan di dalam Pejabat Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini kira-kira 1.30 petang 26 Mei 2025.

Sabit kesalahan, seksyen kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM500.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaalini manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G Harbhajan Singh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mahu berjumpa Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin untuk mengetahui status kertas siasatan tatatertib yang dibuka ke atas tertuduh pada 2017.

Tertuduh melulu masuk ke pejabat Ketua Polis Perak lalu mengamuk serta meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak (Datuk Noor Hisam Nordin).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *