Mohd Shafie Didakwa Hina Mahkamah, Anggota KEADILAN Lapor Polis

Menurut Fekirie Gobet, laporan itu dibuat berhubung kenyataan Shafie dalam satu ceramah kempen PWS di Batu Sapi yang didakwanya jelas menghina mahkamah berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir.

KOTA KINABALU, 23 Sep – Seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putatan bagi membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (PWS), Mohd Shafie Apdal.

Menurut Fekirie Gobet, laporan itu dibuat berhubung kenyataan Shafie dalam satu ceramah kempen PWS di Batu Sapi yang didakwanya jelas menghina mahkamah dan mempertikai proses undang-undang yang sedang berjalan berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir.

“Beliau tanpa memperdulikan proses undang-undang yang sedang berjalan terus membuat kesimpulan di khalayak dengan mengatakan ini bukan kes buli, tetapi pembunuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

Mengulas lanjut, Fekirie berkata kenyataan itu bukan sahaja berpotensi menimbulkan persepsi dan fitnah, malah boleh mengganggu proses penghakiman serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap integriti sistem kehakiman.

“Spekulasi yang ditimbulkan oleh Shafie boleh mengganggu misi pencarian fakta dengan mewujudkan tekanan tidak wajar ke atas penyiasat atau koroner, serta berpotensi memesongkan penilaian bebas terhadap fakta,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan agar Presiden PWS itu berhenti menunggang isu kematian adik Zara Qairina untuk kepentingan politik.

Peguam mewakili empat pelajar dalam inkues kematian Zara Qairina mengecam tindakan Mohd Shafie yang didakwa cuba mengeksploitasi kes itu demi kepentingan politik menjelang PRN Sabah.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, hentikan kegilaan membina istana politik di atas pusara adik Zara dan tangisan air mata keluarganya,” ujar Fekirie.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memulakan prosiding menghina mahkamah setelah meneliti secara terperinci kandungan kenyataan dikeluarkan Mohd. Shafie berhubung kes membabitkan kematian Zara Qairina.

AGC berkata, namun pihaknya akan meneliti secara terperinci kandungan kenyataan dikeluarkan Mohd. Shafie sebelum ini.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang disiarkan pada 22 September 2025. Foto AGC

Kata AGC, pihaknya memandang serius kenyataan dikeluarkan bekas Ketua Menteri Sabah itu ketika berucap di Majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada Sabtu lalu.

Shafie dilapor mempersoalkan tempoh panjang inkues, menurut klip video sebuah majlis makan malam yang tersebar.

Dalam video itu, Shafie antara lain kedengaran berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” sebelum disambut dengan suara hadirin yang menjawab, “Betul.”

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *