Tindakan SPRM Beku Harta Lebih RM750 Juta Terkait Keluarga Daim Wajar – Penganalisis

Penganalisis berpendapat tindakan SPRM membeku harta keluarga Daim di London sebagai wajar berdasarkan pembuktian mencukupi melampaui keraguan munasabah. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan tiga kediaman mewah di London, antara tujuh hartanah dan satu akaun bank didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarga membabitkan nilai berjumlah £132 juta (RM758.2 juta) disifatkan usaha berterusan agensi itu dalam menyelesaikan isu puluhan tahun lamanya.

Menyifatkan ia juga sebagai wajar, penganalisis melihat ia tidak sukar dilakukan tambahan lagi keterangan telah diambil terhadap mana-mana individu berkaitan termasuk Na’imah sendiri.

“Segala keterangan dan bukti yang telah dikumpul SPRM sudah cukup meyakinkan mahkamah untuk mengambil tindakan yang dibenarkan undang-undang termasuk membekukan aset milik keluarga itu di mana saja di seluruh dunia.

Hasil carian di internet yang beralamat di One Crown Court, 66 Cheapside, London yang dikaitkan dengan keputusan mahkamah yang dimohon SPRM pada 3 Jun 2025.

“Namun janganlah melihat tindakan ini bermotif politik kerana SPRM menjalankan tugas mereka tanpa paksaan atau arahan daripada mana-mana pemimpin hatta Perdana Menteri sendiri,” ujar Muhamad Fudhail Samilan.

Tambah beliau, prinsip pembuktian munasabah sudah tentu digunakan mana-mana agensi penguatkuasa kerana jika tidak, mereka pula yang akan diambil tindakan dan kini terpulang kepada keluarga Tun Daim untuk mengetepikan keputusan berkenaan, juga dengan hujah dan bukti munasabah.

Terdahulu hasil siasatan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan yang berhubung dakwaan suatu kesalahan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mohamad Fudhail menolak tindakan ini bermotif politik kerana SPRM menjalankan tugas mereka tanpa paksaan atau arahan daripada mana-mana pemimpin hatta Perdana Menteri sendiri. Foto Arkib

Susulan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid, membenarkan permohonan SPRM yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, untuk membekukan kesemua harta berkenaan pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte), hari ini.

Permohonan SPRM itu dibuat mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA 2001 bagi siasatan mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Mahadi ketika dihubungi media, hari ini, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa SPRM akan melakukan siasatan kalau bukti mencukupi serta akan memohon untuk kesemua hartanah dan akaun berkenaan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Harta terbabit ialah sebuah bangunan komersial beralamat di St Mary Axe, London, dibeli pada Julai 2013 dengan harga GB£23.7 juta dan sebuah lagi beralamat di One Crown Court, 66 Cheapside, London, dibeli pada Oktober 2014 dengan harga GB£31.5 juta.

Hartanah lain ialah tiga kediaman mewah yang mana dua daripadanya beralamat di Bryanston Square serta Bryanston Mews, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£37.87 juta dan sebuah lagi beralamat di Lancaster Gate, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£31.15 juta.

Turut dibekukan ialah dua unit kediaman bersebelahan beralamat di Gloucester Place, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£8.095 juta, dan sebuah akaun bank.

Sebuah pangsapuri tiga bilik seluas 1500 kaki persegi di Bryanston Square, London dijual dengan harga lebih dari GBP3 juta, seperti yang ditunjukkan oleh senarai hartanah.

Malah Ketua SPRM Azam Baki dipetik berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta berkenaan.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan kenyataan Azam sebagai tidak masuk akal serta dibuat tanpa asas perundangan, susulan Ketua Pesuruhjaya itu mengesahkan SPRM sedang berusaha melucutkan hak pemilikan harta milik Daim dan keluarganya

Selain RM2 bilion harta Daim yang kini dibekukan oleh SPRM, Azam dilaporkan berkata, agensi itu percaya masih ada harta tidak diisytiharkan di luar negara membabitkan yang dimiliki ahli keluarga serta proksi Allahyarham.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *