Kota MADANI Tekankan Kemudahan Asas Menyeluruh Demi Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pembentangan konsep Kota MADANI. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 3 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Kota MADANI menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.
Perdana Menteri berkata sewaktu pembentangan konsep itu hari ini, beliau dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.
“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

”Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri berkata selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.
“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
